Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

28 August 2009

Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas..

Assalamualaikum..
Alamak, siapa plak Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas ni?. Tentu ramai yang tak tahu dan tentu ramai yang tak pernah nak ambil tahu siapakah di sebalik nama ini. Almaklumlahkan, Malaysia sudah merentasi generasi demi generasi. Manalah orang sekarang nak tahu siapa dia yang ketika itu mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan tanah air dan hak orang melayu. hehe Kamezaim tahu ada juga yang tahu.. hehe Pada yang tak tahu, mari sini kamezaim nak berkongsi serba sedikit tentang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas.


Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas adalah nama sebenar bagi seorang pahlawan melayu iaitu Tuk Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

* Sumber Artikel : Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

11 May 2009

Aduh.. Kasihannya Dia...



Ini ada lagi satu video. Kamezaim jumpa dalam internet.. Pertama sekali kamezaim ingin memohon maaf kepada insan yang terdapat dalam video ni, kamezaim cuma ingin berkongsi dan menjadikan ianya satu pengajaran buat kita bersama..

Wahai kaum hawa, hehe Berhati-hatilah ketika menunggang motorsikal. Rasa-rasanya anda tidak sesuai untuk menunggang motorsikal.. hehe Tapi tak boleh kata macam tu jugakkan, sebab malang ni tak pernah berbau. hehe Tapi memang terbukti bahawa penunggang motorsikal lebih berisiko tinggi untuk terbabit dalam kemalangan..

Kadang-kadang kita bawa dengan cermat, penuh berhemah serta berdisiplin namun apakan daya, orang lain pula yang mencari kita. Mungkin itulah yang dikatakan malang itu tidak berbau..

Jom layanzzz...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

06 February 2009

Kematian Adalah Satu Kemestian..





Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf sekiranya gambar-gambar di atas amat mengerikan buat tontonan anda. Kamezaim cuma ingin berkongsi dengan anda dengan harapan agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Sesungguhnya malang itu tidak berbau dan ajal maut itu semuanya di tangan Allah. Kematian itu adalah satu kemestian, tiada sesiapa dapat lari dari kematian cuma yang bezanya adalah cara kita untuk menghampiri saat-saat kematian itu.

Kamezaim tahu, entah esok atau lusa kamezaim juga akan mati tapi biarlah matinya kamezaim nanti dalam keadaan yang baik dan beriman. Kejadian di atas terjadi di sebuah pusat membeli-belah di Malaysia. Rasanya tak perlulah kamezaim nyatakan nama pusat membeli-belah tersebut. Semoga keluarganya tabah menerima dugaan ini.

Berhati-hatilah walau dimana jua anda berada. Jangan terlalu riak atau gembira. Selalunya permulaan yang ketawa akan di akhiri dengan tangisan. Sentiasa peka pada keadaan sekeliling, jangan lalai walaupun hanya sesaat. Kerana lalai sesaat, menyesal seumur hidup.. Marilah kita renungkan bersama...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 November 2008

Mati Dibaham Harimau Putih..



SINGAPURA: Zoo Singapura di Jalan Mandai di sini gempar apabila seorang pekerja rakyat Malaysia mati dipercayai dibaham harimau putih peliharaan zoo itu hari ini
Polis Singapura ketika dihubungi Bernama berkata Nordin Montong, 30-an, dijumpai dalam keadaan cedera di leher dan badannya.

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari tadi mengenai kejadian itu dan terus berkejar ke zoo berkenaan.
Paramedik yang turut dikejarkan ke sana mengesahkan Nordin meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari.

Polis bagaiamanapun tidak pasti dari negeri mana di Malaysia Nordin berasal.
Laporan awal mendapati dia dipercayai diserang oleh tiga ekor harimau putih apabila masuk ke dalam kandang pameran haiwan itu.
Para penjaga zoo yang melihat kejadian itu cuba menyelamatkan Nordin dengan mengalihkan perhatian harimau-harimau itu.

Sumber Artikel : Bernama


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 November 2008

Mat Rempit Mati Katak & Awek Rempit Putus Kaki..



Assalamualaikum..
Inilah akibatnya kalau kita sering menunjuk-nunjuk di jalan raya. Tiada gunanya kalau kita menunjuk kehebatan di jalan raya, tak ada seorang pun yang bangga dan kagum dengan kehebatan itu, malah ada yang menyampah melihatnya. Jalan raya bukanlah tempat untuk kita berlumba atau untuk menunjuk siapa kita. Kerana sesungguhnya malang itu tak pernah kita tahu bila akan menimpa kita. Seharusnya di jalan raya kita harus menghormati antara satu sama lain, harus ada sikap tolak-ansur dan bersabar. Hanya kerana kita tak sanggup bersabar dalam beberapa minit, hidup kita mampu berubah sekelip mata dari hidup yang bahagia menjadi derita.

Adakah kenderaan yang lebih besar harus mengelak dan mengalah sentiasa dari kenderaan yang lebih kecil berbandingnya? Kalau anda berfikiran sebegitu, sememangnya anda silap. Seharusnya, kenderaan yang kecil harus mengalah pada kenderaan yang lebih besar. Kerana, sedarlah bahawa kenderaan anda itu tak layak untuk bertembung dengan lori. Kenderaan anda itu hanyalah tin kosong tapi badan lori adalah besi yang padat. Jika nak banding kekuatan dan berat, kereta langsung tak layak untuk digandingkan dengan lori. Itu kalau antara kereta dan lori, tapi kalau antara manusia dan lori? Fikirlah sendiri..

Kereta mampu di beli di mana saja, tapi nyawa tiada di jual di 7-eleven. Walaupun anda mempunyai wang berjuta-juta, namun anda tetap tak mampu untuk membeli nyawa itu kerana nyawa itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Kadang-kadang kamezaim ada juga mendengar orang-orang kaya berborak, mereka kata kalau ada duit segalanya boleh dapat. Tapi, mereka lupa bahawa ada sesuatu yang mereka tak akan dapat beli iaitu nyawa. Kelajuan lori biasa yang tanpa muatan adalah tidak melebihi 100km/j manakala kelajuan lori biasa yang berada dalam muatan adalah tidak melebihi 70 km/j kecuali lori kargo atau kontena. Kalau lori kargo atau kontena, walaupun tanpa muatan atau dalam muatan, ianya memang laju. Ini kerana kuasa kuda lori tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan lori-lori biasa yang lain. Lori kontena atau kargo atau didalam bahasa inggerisnya adalah Prime Mover dilengkapi dengan 12, 14, 18 gear dan juga sebagainya. Ini kerana muatan yang dibawa mereka cukup berat dan tak boleh di bawa atau di tarik oleh lori lain. Mereka ini di kategorikan sebagai jentera bergerak. Jentera bergerak di bahagikan kepada dua iaitu jentera ringan dan juga jentera berat.

Kalaulah sekalipun anda nak tunjuk kehebatan anda, janganlah membabitkan orang lain. Biarlah kalau putus kaki sekalipun, kaki anda yang putus tapi bukan insan lain yang menjadi mangsa kerana kebodohan anda. Tujuan kamezaim memasukkan video ni ke dalam blog adalah untuk dijadikan renungan buat kita bersama. Marilah kita fikir dan renungkan..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 October 2008

Kemalangan - Kemalangan Ngeri..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf
andai video-video di bawah ini agak mengerikan.
Kamezaim hanya ingin jadikan ia sebagai
renungan dan pengajaran buat kita bersama..







Marilah kita renungkannya bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

06 October 2008

Mati Digigit Anjing!!







Assalamualaikum..
Baru-baru ni kamezaim ada mendapat e-mail dari seorang teman kamezaim. Seorang kanak-kanak mati digigit anjing. Menurut gambar-gambar yang lain, tragedi ini terjadi di Negara Thailand. Sungguhpun bukan di Malaysia, namun janganlah kita mengambil mudah tentang perkara seperti ini. Mungkin esok atau lusa, ianya akan menimpa pada kita. Tujuan kamezaim masukkan gambar-gambar ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, kamezaim cuma untuk jadikan ianya satu iktibar dan renungan buat kita semua. kerana, mungkin ada sesetengah blogger yang lain ada mendapat e-mail ini dan ada juga yang tak dapat dan tak pernah tahu tentang kejadian ini.

Awasilah anak-anak anda dan juga awasilah diri anda. Sungguhpun malang itu tidak berbau namun tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berhati-hati. kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai seorang yang beragama Islam, dah tentu kita tahu bukan bahawa anjing itu haram bagi kita. Sungguhpun kita tidak mencari anjing namun tak semestinya anjing tidak mencari kita.hehe Anjing seperti peluru, kerana peluru tidak pernah kenal siapa mangsanya. begitu juga dengan anjing, siapa dia rasa nak gigit, dia akan gigit..

Andai kanak-kanak yang tidak berdosa diatas adalah beragama Islam, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Moga rohnya ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman..

Marilah kita renungkan bersama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 May 2008

Nahas Payung Terjun (02 Disember 2007)

Al - Fatihah

Nurul Wahida Yusof


Siti Hajar bersama tunangnya



Mereka yang terkorban :

Siti Hajar Yaakob - 24 Tahun.
Nurul Wahida Yusof - 22 Tahun
Raymond Duncan - 25 Tahun

Manakala mereka yang cedera parah :

Suraya Ali - 23 Tahun

Manakala mereka yang cedera adalah terdiri dari 6 anggota wanita dan 4 anggota lelaki.

Armizi Yusairi - 25
Suraya Ali - 23
Rosmidah Suman - 21
Agilendeswaraj - 22
Moggie a/k George - 30
Asimas Ahmad - 22
Rohani Nordin - 21
Zaliza Zakaria - 23
Mohd Ridzwan Yusof - 23
Noor Zakirul Zahadil - 23

Kesemua mangsa yang terkorban adalah dari anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 May 2008

Kereta Ayah Ku Dirogol

Aduh,malang sungguh nasib kereta ni.Baru lepas cat 2 minggu dah kena rogol dekat puchong ioi.Sebelum cat tak de sape plak nak rogol.Nasib ko lah keta oii...hehehe
Kena rogol plak dengan kembara,dah tahu jalan sesak yang bawa laju-laju sape suruh.Tak pasal-pasal keluar workshop,masuk workshop.Yang rogol tu plak perempuan,memang tak boleh nak kata apa ar.Perempuan kalau dah bawa keta memang macam tu,bukan tahu bawa kereta tapi saja buat-buat tahu.Nak belagak lah konon.Orang bawa kereta,dia pun nak bawa kereta.Kalau sesiapa ikut belakang kereta dia,mesti orang ingat kereta tu jalan sendiri tanpa pemandu.Dashboard lebih tinggi dari pemandu.hehehe Bingung punya perempuan,ada baik naik bas je lah woii..Mesti lepas ni ayah aku datang KL naik bas,tak nak bawa kereta ni lagi.Takut kena rogol sekali lagi,pemandu dalam KL ni semua kaki rogol.hehehe Kalau rogol bertanggungjawab tak pe gak,ni dah la rogol pastu lari plak..
Kejor yob kejor...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP