Showing posts with label Nas. Show all posts
Showing posts with label Nas. Show all posts

24 April 2009

Airmatamu Tidak Mampu Merubah Segalanya..

Kadang-kadang kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik di dalam sesuatu perkara itu. Macam-macam kita lakukan untuk mencapai apa yang kita harapkan. Hingga kita terlupa untuk memikirkan tentang diri kita sendiri. Kita berkorban apa saja asalkan kita mampu memilikinya. Namun, semua itu bagaikan sia-sia apabila apa yang kita lakukan langsung tiada di hargai malah dikhianati. Terasa sakitnya hati tiada siapa yang mampu mengerti..

Sudah puas aku mempertahankan cinta yang ada namun ternyata aku tidak mampu melawan rasa kecewa dengan perbuatannya. Hilang rasa sayang dihati bila mengetahui dalam diam dia ada hubungan dengan insan lain. Tidak mampu ku ungkapkan betapa kecewanya rasa di hati ini setelah melihat sendiri dengan mataku sendiri. Bagai tidak percaya wajahnya yang manis dan lembut itu rupa-rupanya mempunyai racun yang sangat berbisa. Dibibir mengukir janji-janji manis tapi apakan daya, segalanya hanya di bibir saja. Namun di hatimu, aku kau panggil sayang dan dia juga kau panggil sayang. Aku pun tidak mengerti siapakah yang sebenarnya kau sayang. Puas kah hatimu memainkan perasaan seorang lelaki seperti ku? Banggakah dirimu melukakan hati insan seperti ku? Apalah yang engkau kejar sepanjang hidupmu...

Anggaplah ini titipan terakhir buatmu dan janganlah kau berharap agar aku kembali lagi padamu. Aku tidak akan kembali pada insan sepertimu lagi, satu-satunya insan yang benar-benar melukakan hati ini. Sesungguhnya hati ku sudah tawar untuk menerimamu kembali. Percayalah, titisan airmata yang engkau titiskan padaku langsung tidak mampu merubah hatiku. Walau sejuta kali kau memohon maaf padaku dan walau sekalipun aku memaafkanmu namun tidak bererti aku akan bersama mu kembali. Anggaplah antara kita hanya sampai di sini saja. Sewaktu aku bersamamu, kau langsung tidak menghargaiku. Kau kecewakan hatiku namun setelah aku meninggalkanmu, baru kau tahu betapa berertinya aku buatmu. Namun apa kan daya, segalanya sudah berakhir..

Doaku agar kau bahagia walau di mana pun kau berada. Semoga kau berjaya dalam apa jua yang kau lakukan. Cuma satu pesanku padamu, janganlah kau kecewakan hati insan yang menyintaimu lagi. Aku tidak mahu ada insan lain yang turut terluka di atas perbuatanmu itu. Hanya satu yang ku pinta padamu, andai kita bersua selepas ini, anggaplah kita tidak pernah kenal di antara satu sama lain. Tidak sanggup aku memandang wajahmu lagi, satu-satunya wajah yang telah menghancurkan hati ini.. Airmatamu tidak mampu merubah segalanya..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

22 February 2009

Selamat Tinggal Cinta..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai diri terseksa
Kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik
Namun, tak semuanya kan terjadi seperti yang diharapkan
Diharap bahagia namun derita yang menjelma..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai jiwa merana
Kerana cinta kita mengenal erti kasih dan sayang
Dan kerana cinta jua kita mengenal erti kepedihan dan kelukaan
Kerana cinta kita ketawa dan kerana cinta jua kita menangis..

Cinta..
Apalah ertinya cinta andai hati terluka
Pedihnya luka di hati tiada siapa yang kan dapat rasa
Terseksanya hati ini tiada siapa yang mungkin memahami
Hancurnya hati dan perasaan ini tiada siapa yang kan mengerti..

Cinta..
Sudah puas aku mencuba sedaya yang ada
Untuk mencari pengertian sebuah cinta
Namun kasih yang ku beri tiada dihargai
Malah hati sendiri yang terluka..

Cinta..
Andai kau hadir bersama bahagia
Ku pasti terima dengan hati yang gembira
Tapi andai kau hadir membawa derita
Pergilah kau jauh dari ruang hatiku ini
Tak mahu lagi aku menderita keranamu
Tak mahu lagi aku menangis keranamu
Aku hanya ingin bahagia bersamamu..

Cinta..
Selamat tinggal ku ucapkan kepadamu cinta
Dari aku, arjuna yang terluka..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 February 2009

Sepanjang Hayat Yang Ada..

Kasih..
Dimanakah kau ketika ini
Aku sunyi tanpamu di sisi
Setiap saat dan waktu yang ada
Hanya kau yang ku fikirkan..

Kasih..
Tahukah kau akan rasa di hati ini
Aku terlalu menyayangi dan menyintaimu
Tiada harta yang termampu untuk ku berikan
Hanyalah kasih dan sayang yang mampu ku berikan
Sebagai lambang keikhlasannya cintaku padamu..

Kasih..
Aku merinduimu setiap waktu
Aku mengingatimu setiap masa
Keranamu aku terasa bahagia
Dan keranamu jua aku terluka
Kerana mu aku mampu tersenyum
Dan keranamu jua aku mampu menangis
Keranamu lah aku gembira
Dan keranamu lah jua aku merintih
Walau apapun tafsiran yang terungkap
Aku tetap menyintaimu sepanjang hayat yang ada...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 February 2009

Suatu Senja Yang Indah..


Suatu senja yang indah
Aku termenung seorang diri
Terasa tenang dan damai di hati
Tatkala melihat keindahan dunia ini..

Suatu senja yang indah
Aku masih lagi berteman sepi
Setelah cinta diberi tiada dihargai
Hanya airmata yang menjadi saksi
Musnahnya sebuah harapan di hati..

Suatu senja yang indah
Aku merenung jauh ke dasar hati
Perasaan sayu mula bertandang di hati
Setelah terkenangkan apa yang dihajati
Hancur berkecai terkubur bersama mimpi..

Suatu senja yang indah
Aku terkenangkan nasib diri
Nasib diri yang sentiasa dirundung malang
Malang yang masih tiada penghujungnya
Diharap bahagia namun derita yang menjelma..

Suatu senja yang indah
Sesungguhnya ku katakan
Tiada kata secantik bahasa
Tiada madah seindah pujangga
Andai hajat dihati sudah diterima
Segalanya kan terasa bahagia..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 Soalan Untuk Anda..

Assalamualaikum..
Maafkan kamezaim ye.. hehe Kamezaim masih di sini, penutupan selama 3 hari itu dibatalkan.. hehe Apa khabar semua? Rindulah dekat anda semua.. Jangan marah kamezaim ye.. ekekeke

Kamezaim ada beberapa soalan yang hendak ditanya kepada anda. Andai ada yang sudi, silalah beri jawapan ataupun pandangan. Kamezaim harap jawapan / pandangan anda itu biarlah yang masuk akal ok.. hehe

Soalan 1 : Dari sudut mata seorang wanita, lelaki bagaimanakah yang diharapkan?
Soalan 2 : Apakah yang sebenarnya di cari oleh seorang insan yang bernama wanita?
Soalan 3 : Antara airmata seorang wanita dan lelaki, yang manakah lebih bernilai?
Soalan 4 : Hadiah apakah yang sesuai diberikan kepada seorang bernama wanita?
Soalan 5 : Kita mencuba segala yang boleh, mencurah segala apa yang dirasa namun dia tetap tidak menghargai / memahami apa yang kita lakukan hanyalah untuk bersamanya. Apa harus dilakukan?
Soalan 6 : Kita menyayangi dan mencintai seseorang itu, namun dalam masa yang sama kita tahu bahawa hati insan yang kita cintai itu telah pun berpunya. Namun kita tidak dapat melupakan dia. Apa yang harus dilakukan?
Soalan 7 : Adakah kita harus berkorban segalanya hanyalah kerana untuk insan yang kita cintai?
Soalan 8 : Andai hati seorang wanita itu sedang terluka, lelaki seperti manakah yang diharapkan untuk berada di sisinya ketika itu?
Soalan 9 : Andai seorang wanita itu menyatakan kepada kita bahawa dia sudah tertarik pada kita namun dalam masa yang sama dia menyatakan bahawa dia masih menyayangi kekasih lamanya, haruskan kita menanti pada nya?
Soalan 10 : Kita tahu bahawa hatinya sudah dilukai oleh insan yang dia sayangi dan kita cuba menghampiri hidupnya untuk merawat luka di hatinya. Dengan niat setulus ikhlas untuk membawa dia jauh dari kekecewaan menuju kebahagiaan. Namun, setelah kasih kita curahkan kepadanya akhirnya dia menyatakan bahawa antara dia dan teman lelakinya sudah berbaik semula. Apakah yang harus kita lakukan?

Kamezaim harap andai ada yang sudi, silalah kiranya menjawab 10 soalan di atas dengan seikhlas hati. Segala jawapan yang berunsur negatif adalah dilarang sama sekali. Harap anda dapat membantu kamezaim..

Terima Kasih.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

14 February 2009

Tatapan Terakhir Buatmu Nas..

Senja yang indah dan dingin
Termenung ku sendirian tanpa kata-kata
Terkenang aku padamu yang jauh dimata..

Bayu senja bertiup pergi
Seolah-olah cuba untuk mendamaikan hati
Hati seorang insan yang sudah terluka
Terluka kerana kasih yang di beri tiada dihargai..

Kini ku mengerti
Kehadiranku tidaklah bererti bagimu
Lalu ku cuba coretkan disini sebagai tatapanmu
Tatapanmu yang terakhir dari insan yang menyintaimu
Dengan harapan kau mengerti kelukaan di hati ini..

Aku hanyalah insan biasa
Hidup dalam serba tiada
Namun, aku juga sepertimu
Mengharapkan diri dikasihi dan dicintai
Salahkah aku andai engkau yang ku harapkan..

Apa yang kau cari dalam hidupmu
Adakah ianya tiada dalam diriku
Andai intan permata yang kau cari
Ternyatalah aku bukan pilihan yang terbaik buatmu
Tapi andai kasih sayang yang kau cari
Mungkin itu yang termampu untuk ku berikan..

Aku berasal dari keluarga yang susah
Punya kehidupan yang serba tiada
Kemewahan jauh sekali untuk di rasa
Namun ku tidak pernah menyesal
Kerana dilahirkan dalam keluarga ini
Kerana kesusahan itu mengajar ku erti hidup
Hidup sebagai seorang hamba Allah
Yang sentiasa mengharapkan keredhaan NYA..

Ku menyusun sepuluh jari
Memohon maaf andai ada tersalah bicara
Ku tak mungkin dapat lari dari salah dan dosa
Kerana aku hanyalah seorang hamba NYA yang jahil lagi hina..

Doa ku agar kau bahagia
Dengan dia insan yang kau puja
Aku rela hatiku terluka
Asalkan ku tahu kau bahagia
Andai esok hatimu terluka
Janganlah kau meratap hiba
Renungkanlah ianya seketika
Begitulah juga yang ku rasa
Senyum tak bererti gembira
Diam selalunya berduka..

Aku redha...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

11 February 2009

Ku Doakan Kebahagiaanmu Nas..

Kecewa sudah rasa dihati
Melihat impian musnah sama sekali
Terkubur bersama harapan dihati
Segalanya hancur berkecai seolah tiada bererti..

Aku merintih seorang diri
Setelah kasih di beri tiada dihargai
Sedih pilu bermain di hati
Sambil terkenangkan nasib diri..

Aku terlewat untuk memiliki
Sebuah hati yang ku puja selama ini
Siapalah aku untuk meraih simpati
Padamu insan yang dihajati..

Dirimu amatlah bererti
Bererti buat insan sepertiku ini
Tiada harta dapat ku beri
Sebagai tanda keikhlasan di hati ini..

Salam ku beri sebagai pengganti diri
Ingin ku pergi jauh membawa diri
Ku berdoa pada Tuhan yang maha Esa
Semoga kau bahagia berada di sampingnya
Biarlah ku hidup merana tanpa kasihmu
Asalkan ku tahu kau bahagia disampingnya..

Jika kau pernah mendengar arjuna kecewa
Akulah antaranya yang gagal merebut hatimu
Aku kesal engkau tidak faham gelodak jiwaku
Maafkan aku kerana tidak berani berterus-terang
Dan menyusahkanmu
Ku bawa engkau sepanjang zaman
Ku sebut namamu setiap sepi yang mendatang
Moga hari-hari esok membawa kebahagiaan kepadamu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 February 2009

Rahsia Ukiran Jiwa..

Kini ku mengerti segalanya
Setelah ku curah apa yang di rasa
Namun tiada jua balasannya..

Siapalah aku untuk merayu
Rayuanku tiada ertinya buatmu
Walau sejuta kali ku cuba mencoretkan rahsia hati
Namun pintu hatimu tetap tidak menerima kehadiranku..

Ku hadir dalam hidupmu
Ingin merawat luka di hatimu
Setelah ku tahu hatimu terhiris luka
Oleh insan yang amat kau sayangi..

Salahkah aku
Sekiranya aku ingin membawa kau jauh
Menuju ke alam bahagia yang didambakan oleh setiap insan
Agar kita dapat membina sebuah mahligai indah bersama
Mahligai yang dibina berlandaskan keimanan dan kesetiaan..

Nas..
Jiwa ku bergelora hanya keranamu
Hatiku merintih gembira hanyalah keranamu
Aku rela menempuh rintangan yang mendatang
Asalkan kau tahu untuk menghargai cinta yang ku beri
Segalanya ku ukir disini sebagai buktinya keikhlasan ku terhadapmu
Sebuah ukiran yang membawa seribu erti
Itulah rahsia ukiran jiwaku..

Nas..
Sambutlah kasihku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

09 February 2009

Antara Bunga Dan Kumbang..

Wahai bunga..
Kau indah bila dipandang
Kau mengharum mewangi setaman
Kau menggoda sejuta kumbang
Untuk memetik bunga di jambangan..

Wahai bunga..
Akulah sang kumbang yang memujamu
Memujamu setiap waktu yang ada
Tidak mengira siang atau malam
Kaulah bunga pujaanku..

Wahai bunga..
Kini kau tiada lagi mengharum mewangi
Bunga yang ku puja dipetik orang di taman
Mungkinkah aku terlewat untuk menyatakan segalanya
Atau mungkinkah jua aku tiada bermakna buatmu..

Wahai bunga..
Tahukah engkau bahawa aku menyayangimu
Tahukah engkau bahawa aku menyintaimu
Tahukah engkau bahawa aku mengharapkanmu
Dan tahukah engkau bahawa engkaulah segalanya bagi ku..

Wahai bunga..
Janganlah kau pergi jauh dari ku
Tak rela aku melihat kau layu dalam jambangan orang
Kembalilah kau padaku yang setia menantimu
Sesungguhnya aku adalah kumbangmu
Dan kau adalah bungaku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Salahkah Aku..

Aku runsing
Aku buntu dengan fikiran ku sendiri
Aku malu dengan apa yang telah ku lakukan
Namun aku tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi
Sebab aku tahu apa yang ku lakukan dan aku adalah aku..

Aku tak kisah kalau N tak nak pada ku
Aku tak mungkin kan merayu menagih cintanya
Sebab aku tahu siapalah aku untuk berada di hatinya
Tak punya apa-apa untuk ku jadikan syarat untuk memilikinya
Apa yang ku ada hanyalah satu nyawa, satu jasad dan satu cinta..

Aku tak peduli apa orang nak kata
Aku tak nak ambil tahu apa yang orang fikirkan
Sebab selama ni pun aku hidup tak ada sesiapa pun ambil tahu
Jadi mengapa aku harus fikir apa yang ingin orang kata pada aku
Asalkan aku tahu apa yang aku lakukan bukanlah suatu kesalahan..

Mungkin orang kata aku salah
Salah kerana menaruh harapan pada orang
Pada orang yang telah pun hatinya dimiliki
Tapi apa guna kalau hatinya dimiliki namun dia terseksa
Salahkah aku untuk merawat hatinya yang telah terluka
Salahkah aku untuk memastikan dia kembali tersenyum..

Mungkin orang tertawakan aku
Sebab aku ni terlalu berharap pada benda yang tak pasti
Tapi aku peduli apa dengan semua tanggapan orang pada aku
Bukannya mereka berada di sisi aku pun ketika aku memerlukan
Masa hati aku gembira memang ramai yang ada sampai tak terkira
Tapi bila hatiku terluka seorang pun tak ada, kalau ada seorang tu kira nasiblah tu..

Kalau N terbaca nukilan ini
Aku tak peduli apa dia nak kata
Aku tak peduli apa dia nak fikirkan
Cuma aku harap dia dapat memahami aku
Dapat memahami apa yang cuba ku sampaikan..

Maafkan aku N
Maafkan aku kerana mengharapkanmu
Aku tak mampu melawan gelodak di jiwa ini
Aku cuba untuk membuang kau jauh dari ingatan ini
Tapi apalah daya dan kudrat ku ini N,
Perasaan ku terhadapmu melebihi segalanya..

Entahlah N
Segalanya kini terserahlah padamu
Segala jawapan bagi persoalan ini adalah terletak padamu N
Sama ada kau ingin sambut kasih yang ku beri
Atau kau hanya membiarkan kasih yang ku beri
Berlalu bersama angin yang bertiup pergi..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 February 2009

Nota Buatmu N..

Assalamualaikum..

Maafkan aku N andai apa yang ingin ku luahkan disini akan mengguris hati dan perasaanmu. Aku hanya insan kerdil di dunia ini, hanya menumpang di satu sudut dunia. Aku juga punya hati dan perasaan seperti mu, aku juga ingin dibelai dan dimanja seperti mu. Pertama kali aku mengenalimu, hatiku sudah mula bergelora. Ku sangkakan ianya hanya sekadar angin yang berlalu pergi tapi ternyata ku salah, semakin lama semakin kuat perasaan ku terhadapmu. Ku cuba untuk mengawal perasaan ini namun aku tidak berdaya. Hati ini terlalu berkeinginan untuk memiliki mu walaupun hati ini tahu bahawa diri ini tidak layak buatmu.

N, aku tahu hatimu sudah dimiliki. Aku terlewat untuk menawan hatimu, itulah satu sesalan buatku. Namun ku masih berharap agar masih ada peluang untuk ku menawan hatimu. Tapi janganlah kau tersalah sangka, tidak sesekali aku kan menjadi pemusnah hubungan antara kamu berdua. Aku hanya mampu menanti dan terus menanti hingga ke akhir hayat yang ada. Maafkan aku kerana terlalu mengharapkan mu..

N, tiada apa lagi yang termampu untuk ku ucapkan melainkan hanya kata cinta terhadapmu. Ku cuba untuk jadi yang terbaik untukmu tapi ternyata dia lebih bermakna buatmu. Aku tak mungkin kan memaksa mu kerana itu bukanlah sifatku, apa yang ku mampu hanyalah berharap agar masih ada ruang di hatimu buat ku. Salahkah aku untuk mengharap cinta darimu, berdosakah aku kiranya aku menagih kasih dan sayangmu. Aku juga seperti mu, punya sebuah perasaan yang menginginkan kebahagiaan. Aku cuba untuk melupakan hasrat hati ini namun siapalah aku untuk menahan gelodak di jiwa ini. Semakin ku cuba menahan semakin terseksa jiwa ini.

N, mungkin kau bukanlah milikku dan aku bukanlah milikmu. Usahlah engkau menduakannya. Kita tak mungkin kan bersama dan kita tak mungkin kan berdua walau hanya untuk sementara. Ku tetap mendoakan agar engkau bahagia bersamanya, aku tetap kan setia menanti mu hingga ke hujung nyawa. Selagi bergetar denyutan nadi di tubuh ini, selagi nyawa masih dikandung badan selagi itulah kau tetap kan ku tunggu..


Ikhlas Dari Jauh
Kamezaim



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 February 2009

Warkah Buatmu Teman..


Teman..
Janganlah kau bermuram hiba meratap luka
Janganlah kerana kedukaan mu menggagalkan hidupmu
Hidup ini tidak seindah seperti yang kita sangkakan
Hidup ini dipenuhi dengan penderitaan dan kekecewaan
Dan kerana penderitaan itulah hidup ini menjadi kian bererti
Itulah lumrah kehidupan ini..

Teman..
Cinta sejati tidak hadir berulang kali
Cinta sejati terlalu sukar untuk di cari
Cinta sejati hilang tiada berganti
Namun cinta sejati harus di cari
Demi kehidupan ini..

Teman..
Cinta adalah satu kewajipan
Kerana cinta itu adalah kemesraan
Kemesraan menjadi kebahagiaan
Andai ianya di sulam dengan keimanan
Namun apalah ertinya cinta andai tiada bahagia..

Teman..
Kau berada jauh di puncak kejayaan
Kau tinggalkan keluarga dan sanak-saudara
Menuju kejayaan yang engkau impikan selama ini
Namun kini kau jatuh ke bawah hanya kerana cinta
Hanya kerana cinta kau hampir menemui kegagalan..

Teman..
Cinta memerlukan keimanan
Tanpa keimanan, hilanglah kesucian
Cinta memerlukan keikhlasan
Tanpa keikhlasan, hilanglah kesetiaan
Cinta memerlukan kesetiaan
Tanpa kesetiaan, hilanglah kepercayaan
Cinta memerlukan pengorbanan
Tanpa pengorbanan, hilanglah pengertian..

Teman..
Antara cinta dan pelajaran
Yang manakah lebih bermakna buatmu
Hadapilah hidup ini dengan tenang dan sabar
Yakin dalam setiap keputusan yang diambil
Tabah dalam menentukan dan cekal dalam mengaharungi
InsyaAllah, kau mampu hadapinya dengan hati yang redha..


Ikhlas dari temanmu : kamezaim

* Warkah ini kamezaim tujukan khas buat insan yang berada di dalam gambar di atas. Rasanya tak perlulah kamezaim nyatakan siapa dia, kerana bimbang luka dihatinya kian berdarah lagi. Namun cukuplah sekadar pemunya wajah tersebut mengetahui bahawa wajahnya berada di dalam entry ini dan mengetahui bahawa entry ini khas untuknya..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP