Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

19 October 2014

ZNZ Renovation Service


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang ke blog ini walau setelah sekian lama kamezaim tidak mengemaskini blog ini. Mungkin ada yang sudah 'unlink' atau 'unfollow' blog ini, walau bagaimanapun, terima kasih kepada yang masih setia terhadap blog ini.

Ingin dimaklumkan di sini bahawa kamezaim telah menubuhkan sebuah syarikat kontraktor yang diberi nama ZNZ Renovation Service. Kamezaim agak sibuk menguruskan perniagaan ini hingga tidak sempat menerjah blog ini.. hehe Kamezaim ingin meminta bantuan serta kerjasama anda untuk pergi ke Facebook ZNZ Renovation Service untuk klik "LIKE" & "SHARE". Terima kasih di atas bantuan dan sokongan anda.

ZNZ Renovation Service merupakan syarikat kontraktor milik penuh Bumiputera yang beroperasi di Klang. Memiliki tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah :-

  • Sewerage Works
  • Cleaning Services
  • Road Works (Thermoplastic)
  • Roofing Works
  • Air Conditioning System
  • Interior Design (ID)
  • Landscaping
  • Building Materials
  • Interior Renovation
  • Mechanical & Electrical (M&E)

~ VISI ~

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan untuk mencapai impian mereka dan memenuhi segala permintaan dan pilihan mereka.

~ MISI ~

Untuk menjadi sebuah syarikat kontraktor yang berdaya-maju, berkualiti, amanah dan dipercayai.
 



Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi :-


ZNZ Renovation Service

Phone : 03 - 5167 2617
Fax : 03 - 5167 2617
Mobile : 012 - 273 2617
Email : kamezaim@gmail.com



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

29 April 2013

Satay Tok Abah





Assalamualaikum & salam sejahtera.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sudah lama rasanya kamezaim tidak mencoret nukilan di sini. Kali ini kamezaim ingin mempekenalkan Satay Tok Abah. Sekarang kamezaim buat perniagaan Satay yang di beri nama 'Satay Tok Abah'.

Satay Tok Abah mempunyai 2 jenis satay buat masa ini iaitu satay ayam dan satay daging. InsyaAllah dalam masa terdekat nanti akan ditambah dengan satay rusa dan kambing. Satay Tok Abah mula bertapak di Taman Menara Maju, Klang.

Satay Tok Abah dijamin HALAL & BERSIH. Rasa yang cukup enak bersama kuah kacang yang istimewa pasti memikat selera anda. Disertakan juga dengan nasi impit, timun & bawang. Apa yang pastinya, rasa Satay Tok Abah tidak mungkin anda akan dapat di tempat lain.

Satay Tok Abah juga sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis, b'day party dan sebagainya. Kami akan pergi bakar satay di tempat anda. Belum cuba belum tau, sekali cuba pasti nak lagi..

Untuk keterangan lanjut, sila layari FB kami di : Satay Tok Abah

P/s : Jangan lupa LIKE page Satay Tok Abah :)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 April 2013

KZ Online Shop

Salam 1 Malaysia.


Anda mencari sesuatu secara online?. Jom LIKE page ni dekat FB.


Thank you for your support :)


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

09 October 2009

Pengumuman Terkini..!


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dengan rasminya blog www.kamezaim.com telah pun dilancarkan. Dan kini blog tersebut sudah pun mula bertapak di dunia blogger. Walaupun tidaklah sehebat mana namun ianya haruslah bermula dari bawah, lagipun kamezaim tidaklah seberapa hebat di dalam penggunaan wordpress ni. Tapi itu tidak jadi masalah, ianya boleh dipelajari. hehe

Kepada semua pelawat, pengunjung, kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan sesiapa saja yang datang menziarah blog ini, dengan rasa rendah dirinya kamezaim menjemput anda ke blog baru kamezaim tersebut. Dengan harapan, semoga ikatan perkenalan kita tetap erat walau terpaksa berpindah rumah. hehe Namun, blog ini tetap juga akan berada di sini untuk kamezaim jadikan sumber rujukan mahupun kenangan kamezaim sendiri.

Akhir kata dari kamezaim, terima kasih kamezaim ucapkan buat mereka yang sentiasa memberi dorongan mahupun nasihat kepada kamezaim selama ini..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 October 2009

www.kamezaim.com..??

Assalamualaikum..
14 Mac 2008 adalah tarikh lahir bagi blog ini. Pejam celik, telah pun 1 tahun 8 bulan blog ini berada di persada blogger. Sepanjang tempoh itu, berbekalkan domain kamezaim.blogspot.com, terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit yang ditempuhi oleh pemiliknya iaitu kamezaim. Blog ini diilhamkan sendiri oleh kamezaim dengan bantuan dari seseorang. Dialah yang memperkenalkan kamezaim kepada dunia blogger ini. Dengan bantuan dia pada mulanya, akhirnya terciptalah satu blog yang berjudul "Sekadar Seorang Insan"..

Sepanjang penglibatan kamezaim dengan dunia blogger ini, cukup banyak yang kamezaim dapat belajar dan manfaatkan. Ada juga orang kata yang berbloging ini adalah satu perkara yang tidak berfaedah tapi tidak bagi kamezaim. Kamezaim rasa, dengan berbloging ini kita mampu kenal antara satu sama lain, mampu bertukar pendapat dan idea, mampu luahkan apa yang dirasa dan bermacam-macam lagi fungsinya. Pada mulanya memang kamezaim tak berminat untuk berbloging tapi setelah mencuba akhirnya ianya sudah menjadi sebahagian dari hidup ini. Kamezaim luahkan apa yang dirasa di dalam blog ini, dengan itu ianya mampu mengurangkan tekanan mahupun kesedihan. Manalah tahu suatu hari nanti bila kamezaim sudah tiada, di blog inilah anak-anak kamezaim nanti dapat mengenal siapa ayahnya dan dapat memahami jiwa ayahnya..

Sebenarnya, tujuan kamezaim menulis kali ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kamezaim.blogspot.com akan berpindah ke www.kamezaim.com. Terima kasih kamezaim ucapkan buat mereka yang sentiasa memberi semangat dan keyakinan kepada kamezaim untuk terus berada di persada dunia blogger ini. Andai kamezaim ada salah dan silap, kamezaim menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kamezaim hanyalah insan biasa, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Terima kasih semua!.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

01 October 2009

Pertunjukan Udara TUDM & The Thunderbirds..







Tentera Udara Diraja Malaysia dan United State Air Force (USAF) dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa tim aerobatik terkenal, The Thunderbirds dan Skn ke 11 TUDM akan mengadakan pertunjukan udara bersama pada 3 Oktober 2009 bertempat di Pangkalan Udara Subang.

Skn ke 11 TUDM merupakan skuadron elit yang memiliki aset canggih TUDM iaitu pesawat Su-30MKM manakala The Thunderbirds yang menggunakan pesawat F16 pula merupakan skuadrom pertunjukan udara USAF yang berpangkalan di Nellis Air Force Base ,Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pertunjukan ini adalah percuma dan orang ramai dijemput untuk hadir pada 3 Oktober 2009 bermula jam 10 pagi bagi menyaksikan pertunjukan dari tim aerobatik yang merupakan antara yang terbaik di dunia di samping berpeluang menyaksikan kehebatan juruterbang TUDM melakukan aksi mencabar bersama pesawat tempur Sukhoi (Su-30MKM).

Orang ramai dan penduduk yang tinggal di sekitar Subang dan Shah Alam diminta supaya tidak terkejut dengan kehadiran pesawat-pesawat pejuang yang akan melakukan penerbangan rendah bermula pada 1 Oktober 2009 sehingga 3 Oktober 2009.

Jangan lepaskan peluang yang ada, ini mungkin terjadi ianya hanya sekali seumur hidup anda. Kalau ada yang tak tahu di mana lokasi pertunjukan ini diadakan, bolehlah melihat peta dibawah ataupun bolehlah bertanya pada kamezaim.

"Lokasi TUDM Subang"



* Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

19 April 2009

Minta Perhatian!!

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf diatas segala kesulitan di dalam blog ini. Blog ini masih lagi berada di dalam status dalam pembinaan.. hehe Kamezaim cuma menginginkan kerjasama dari anda yang budiman lagi dermawan.. haha

Kamezaim telah kehilangan link-link blog anda, kepada mereka yang telah menglinkkan blog ini tapi link anda tiada di dalam blog ini, harap maklumkan pada kamezaim dengan seberapa segera. Agar kamezaim dapat memasukkan kembali link blog anda.

Segala kerjasama dari anda amatlah kamezaim hargainya.. Terima kasih.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 March 2009

Pengumuman Terkini..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kamezaim bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA sekali lagi kamezaim dapat menulis di dalam blog ini. Rasa macam dah lama tak update blog ni, rindu pun ada..hehe Kamezaim sibuk sikit dengan jadual tugasan harian yang cukup padat lantas tidak mengizinkan kamezaim untuk mencoret apa yang di rasa di dalam blog ini..

Kamezaim cuma ingin memberitahu anda bahawa kamezaim sudah membuat lagi satu blog yang hanya di khaskan untuk yang berkaitan dengan muzik sahaja. Jadi, sekarang kamezaim sudah ada 3 blog iaitu :-


1) kamezaim.blogspot.com
- Blog ini kamezaim hanya akan gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan peribadi atau yang berkaitan dengan hidup kamezaim.

2) kamezaim.ning.com
- Blog ini kamezaim hanya akan gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan ketenteraan.

3) kamezaim.wordpress.com
- Blog ini kamezaim hanya akan gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan muzik. Di sini anda boleh memuat-turun lagu-lagu yang pernah berkumandang di suatu ketika dahulu seawal 60'an hinggalah kini. Lirik-lirik lagu juga turut disediakan.

Kamezaim berharap agar anda semua dapat memberi sokongan kepada kamezaim untuk kamezaim terus berada di persada blogger ini. Tanpa anda siapalah kamezaim di sini..

Terima kasih..
Kamezaim


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 February 2009

OFFLINE..



Assalamualaikum..
Kamezaim ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa mahupun tersalah bicara, sesungguhnya kamezaim hanyalah insan biasa yang menumpang di suatu sudut dunia ini. Terima kasih juga kamezaim ucapkan pada mereka yang tak pernah jemu untuk menziarah blog ini. Kehadiran anda ke blog ini amatlah kamezaim hargai. Tiada apa-apa yang termampu untuk kamezaim berikan melainkan hanya ucapan terima kasih. Bagi kamezaim, perkataan terima kasih itu tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan wang atau harta. Terima kasih juga kamezaim ucapkan kepada mereka yang tak pernah lupa untuk meninggalkan komen mahupun pandangan di dalam blog ini..

Sebenarnya, kamezaim ingin memberitahu kepada anda semua bahawa blog ini dengan secara rasminya akan di tutup sementara mulai 16/02/2009 - 18/02/2009. Buat mereka yang setia menziarahi blog ini, kamezaim mohon maaf kerana terpaksa menutup blog ini buat sementara waktu di atas sebab-sebab yang tidak dapat kamezaim nyatakan di sini.

Semoga anda semua tetap setia pada blog ini walaupun ianya terpaksa di tutup buat sementara waktu. Kamezaim pasti merindukan anda semua, kerana di sinilah kita mengenali antara satu sama lain. Di sini jugalah tempat kamezaim luahkan apa yang di rasa, sama ada suka mahupun duka dan di sini jugalah kamezaim menghabiskan masa yang ada..

Akhir kata dari kamezaim, semoga anda semua ceria selalu dan berbahagia di samping keluarga yang tersayang. Ingatlah kamezaim dalam doamu.. hehe

Terima Kasih




Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 January 2009

Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia 2009.

Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada :

Tarikh : 30 Jan - 1 Feb 2009
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Perasmian ekspo akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada 30 Januari 2009 jam 3.30 petang.

Ekspo ini akan melibatkan beberapa pameran secara pertunjukan statik, interaktif, kemudahan pemeriksaan kesihatan dan demonstrasi ketenteraan. Keterangan ringkas pameran adalah seperti berikut:

a) Pameran Statik-Pameran mengenai kepelbagaian kerjaya serta penglibatan ATM dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bentuk gambar,poster,pakaian khusus,risalah,video dan pameran kenderaan dan persenjataan terkini.

b)Perkhidmatan Kesihatan-Pengunjung diberi peluang untuk memeriksa tahap kesihatan seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan rawatan pergigian secara percuma.

c) Demontrasi ketenteraan-Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM akan mengadakan demonstrasi secara berjadual. Sebagai contoh, Tentera Darat akan mengadakan pertunjukkan anjing perang,TLDM akan mengadakan pertunjukkan kawad senyap serta TUDM akan mengadakan pertunjukkan pancaragam.

d) Hiburan- Persembahan hiburan meliputi persembahan muzik, nyanyian dan tarian kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh Badan Kesenian Tentera Darat, Badan Kesenian Tentera Laut, Badan Kesenian Tentera Udara dan Badan Keseniaan DBKL.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

15 December 2008

Harap Maklum..

Assalamualaikum..
Kamezaim harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan berharap agar mabuk daging korban sudah tiada lagi..hehe Almaklumlahkan, tahun ni ramai yang melakukan ibadah korban. Sampai satu tahap tu dah jemu bila nampak daging lembu / kambing..hehe Sampai tak termakan daging yang ada dalam peti sejuk tu tapi bila bukan bulan hari raya haji, mulalah teringin nak makan daging lembu / kambing..hehe

Sebenarnya, kamezaim ingin memberitahu anda semua bahawa kamezaim terpaksa membuka kembali blog ini dari di privacy kan buat sementara waktu kerana mengalami masalah teknikal dari sudut struktur blog ini. Blog ini kini masih berada di dalam proses naik taraf dan sedang dikemaskinikan.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang masih belum meninggalkan alamat Email anda sebagai kata kunci bagi anda untuk terus melayari blog ini, sila tinggalkan di ruangan komen yang telah disediakan.

Untuk pengetahuan anda, kamezaim masih ada lagi satu blog yang mungkin harus anda kunjungi. Di sana, anda dapat berkongsi sama ada gambar, video, nukilan dan sebagainya di antara sesama kita. Tapi blog itu diciptakan khas yang berunsurkan ketenteraan. Jika anda ada sebarang artikel, video dan sebagainya yang berkaitan dengan ketenteraan, silalah upload ke dalam blog itu agar dapat kita berkongsi bersama info atau maklumat yang ada. Alamat blog tersebut adalah : kamezaim

"Segala kesulitan amatlah dikesali"

* Alamak, dah macam baca berita lah pulak..hehe Jangan marah ye..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

14 December 2008

Terima Kasih..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat atau pengunjung setia blog ini di atas kesudian anda memberi sokongan yang tidak ternilai. Kamezaim tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk terus mengikuti perkembangan blog ini, tapi jika ada yang sudi mengikuti perkembangan blog ini setiap masa, itu adalah satu kenyataan yang amat bermakna buat kamezaim.

Tujuan sebenar kamezaim mewujudkan blog ini adalah untuk dijadikan tempat luahan perasaan sama ada suka mahupun duka, tempat yang boleh kamezaim kongsikan serba sedikit info atau ilmu yang ada dan sebagainya. Selain dari itu, ianya dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita, dapat kita bertukar idea atau pendapat. Jadi, bila difikirkan balik, ada baiknya kamezaim jadikan blog ini satu blog yang privacy / private dan hanya boleh dibaca oleh mereka yang menjadi pilihan kamezaim saja. Dengan harapan, tiada lagi komen-komen yang negatif atau perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dari pelawat yang tidak dikenali.

Ini kerana, blog ini adalah blog rasmi milik kamezaim. Tiada dua mahupun tiga melainkan hanya satu. Jadi, kamezaim tidak mahu melihat blog ini dicemari kata-kata atau komen-komen yang berunsur lucah, politik, perkauman atau yang mampu mencetuskan kontroversi dari pelawat yang tidak kamezaim kenali.

Kepada mereka yang telah memberi E-mail kepada kamezaim, terima kasih kamezaim ucapkan. Kamezaim harap anda akan terus bersama kamezaim untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia bloger ini..

Terima kasih


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pengumuman Terkini!

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama kamezaim tak menulis apa-apa dalam blog ni.hehe Bukan apa, sejak akhir-akhir ni kamezaim sibuk sikit. Sibuk dengan bermacam-macam urusan sampai hilang idea nak menulis. Setelah berfikir dengan panjang, kamezaim dah membuat satu keputusan. Kamezaim ingin menjadikan blog ini sebagai privacy / private. Segala yang ada di dalam blog ini kamezaim hanya ingin memberi laluan kepada mereka yang dikategorikan sebagai pelawat atau pembaca setia blog kamezaim.

Tujuan kamezaim mengambil keputusan itu adalah kerana berkemungkinan besar selepas ini kamezaim akan memasukan serba sedikit hal-hal peribadi, isu-isu panas dan sebagainya yang tidak boleh ditunjukkan kepada umum. Kamezaim harap, kepada semua pelawat-pelawat dan juga yang mengikuti setiap postingan didalam blog ini harap dapat meninggalkan E-mail anda di ruang komen untuk kamezaim memberi laluan kepada anda untuk terus bersama kamezaim.

* Alamat E-mail anda akan dirahsiakan dari pengetahuan umum.

-: Tarikh Tutup :-
12:00 AM - 15/12/2008

"Segala kerjasama dari anda amatlah kamezaim hargai"


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 November 2008

Pengumuman Terkini!

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama kamezaim tak tulis apa-apa dalam blog ni kan..hehe Sejak dua menjak ni kamezaim busy sikit. Kamezaim harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Sebenarnya tujuan kamezaim menulis kali ini bukan apa, cuma untuk memberitahu pada pelawat-pelawat yang dihormati bahawa kamezaim ada lagi satu rumah tempat kamezaim berteduh seketika..hehe Rumah yang kamezaim maksudkan adalah blog. Kamezaim ada menciptakan lagi satu blog yang lebih menumpukan kepada ketenteraan. Kepada anggota-anggota tentera atau sesiapa juga, silalah berkunjung ke blog kamezaim yang lagi satu. Sebenarnya blog itu masih lagi didalam pembinaan, masih ada kekurangan dan kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sokongan dari anda untuk menjadikan blog itu lebih menarik dan berguna buat kita semua.

Tujuan kamezaim menciptakan blog itu adalah untuk dijadikan renungan buat kita semua. Agar sesetengah rakyat Malaysia yang alpa dalam keamanan dan kemewahan hidup hingga lupa pada mereka yang bertugas demi memastikan keamanan negara. Agar mereka tahu bagaimana pahit getir yang ditempuh oleh seorang insan bergelar komando. Dengan harapan, kita mampu berdiri sama tinggi dan kita duduk biarlah sama rendah..

Alamat rumah kamezaim yang lagi satu adalah kamezaim . Kehadiran anda amatlah dihargai.

Terima kasih

*Tapi rumah kamezaim yang ini jangan dilupa pula ye.. hehe


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

19 October 2008

Pemberitahuan..

Assalamualaikum...
Kamezaim berharap agar kamezaim mendapat sumbangan lagu-lagu dari anda. Tidak kiralah apa jua kategori lagu asalkan tiada unsur-unsur lucah, perkauman mahupun politik. Kamezaim akan memasukkan lagu-lagu yang dihantar oleh anda ke dalam blog untuk dikongsi bersama-bersama oleh semua para blogger.

Kepada sesiapa yang ingin menghantar lagu kepada kamezaim, bolehlah menghantar ke alamat e-mail ini : kamezaim@yahoo.com. Sila tinggalkan identiti diri anda agar memudahkan kamezaim untuk mempaparkan identiti anda dibawah lagu yang dikirimkan oleh anda.

Contoh :-

Nama Anda
Alamat Blog / Web Anda (Jika Ada)
Sedikit Kata-Kata Dari Anda (Jika Ada)

..Segala kerjasama dari anda amatlah dihargai..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 August 2008

Mohon Maaf

Assalamualaikum..

Harap anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping insan tersayang.Selamat berhujung minggu dari kamezaim.Tentu ramai yang sudah merancang ke mana hendak di tuju pada hujung minggu ini.Sama ada balik kampung atau hanya sekadar bersiar-siar menghabiskan duit..hehe

Sebenarnya,baru 2 hari kamezaim menukarkan template blog ni.Mungkin ada sesetengah link blogger yang tidak tersenarai di dalam blog ini kerana kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.Kamezaim mohon maaf andai ada blog anda yang tidak tersenarai.Kamezaim harap pada mereka yang sudah link blog kamezaim ini tapi link mereka tidak terdapat dalam blog ini,harap meninggalkan nama dan alamat blog untuk kamezaim masukkan kembali ke dalam senarai blogger di dalam blog ini.

Segala kerjasama dari anda amatlah dihargai..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 July 2008

Jawatan Kosong

Bagi sesiapa yang masih mencari kerja,bolehlah mencuba pekerjaan ini.Bekerja di dalam sektor swasta dan juga sektor elektrikal.Syarikat bumiputera yang sedang berkembang pesat di dalam bidang kejuruteraan elektrik..

Gumi Asli Elektrikal Sdn Bhd

Jawatan : Kerani Stor
Jantina : Tidak Memilih
Keturunan : Tidak Memilih
Umur : 18 Tahun Ke Atas
Tempat Kerja : Wisma Shukur Lob.Kaw. 16,Taman Intan,Klang.(Batu 3 Lama)
Gaji Ditawarkan : RM 1,000.00 (Tiada Pengalaman) / RM 1,500.00 (Berpengalaman)

Kelayakan :-
Mempunyai Sijil SPM dan berpengalaman di dalam bidang stor.Mahir mengendalikan purchase order dan juga mahir mengendalikan komputer.Jika anda mahir menggunakan sistem UBS,ini adalah satu kelebihan.

Jika anda berminat,sila tinggalkan pesanan di bawah.Kemudian,sila hantarkan resume anda kepada kamezaim@yahoo.com.

Gumi Asli Elektrikal akan menghubungi anda untuk sesi temuduga..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

26 May 2008

Download Lagu-Lagu Rock Kapak


Kalau saudara dan saudari meminati lagu-lagu era kegemilangan 70'an - 90'an,
Silalah cari simbol seperti di atas yang di sediakan di dalam ruangan blog ini.
Anda boleh download lagu-lagu pilihan anda,
Dengan harapan agar saudara dan saudari terhibur.
Dan mungkin akan mengembalikan nostalgia atau memori-memori indah
Sepanjang perjalanan hidup anda..

Untuk sebarang permintaan lagu atau pertanyaan,
anda bolehlah menggunakan ruang ini.

*Sebarang lagu berunsur lucah,politik atau mana-mana lagu yang mampu mencetus kontroversi adalah DILARANG sama sekali.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

30 April 2008

Baja Kompos Organik


Baja kompos organik ini sesuai untuk semua jenis tanaman.Mesra alam dan tanpa bau.Baja ini boleh di gunakan untuk tanaman jangka pendek ataupun jangka panjang.Seperti,tanaman bunga,buah-buahan,sayur-sayuran,padi dan juga kelapa sawit.Di hasilkan secara semula jadi dari tinja kambing dan bebas daripada bahan kimia.



Kandungan / Content :



Nitrogen (N) : 1.9%

Phosphorous (PO) : 1.9%

Potassium (KO) : 2.0%

Calsium (CaO) : 3.0%

Magnesium (MgO) : 0.7%

C/N : MAX 20%

pH : 6.5 - 7.5

Cation Exchange Capacity : >75me / 100gm

Moisture : AVG 40 %

Seedling Experiment : Acceptable

Pathogenic Microrganism : Free





Jika berminat,Sila hubungi :


Zaril : 013 - 2111636

(Sekitar lembah klang)



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Bilik Untuk Di Sewa (Wanita)

Jika anda berada di sekitar kawasan Kangar,Perlis.Jika anda masih mencari-cari bilik untuk di sewa,di sini ada bilik untuk di sewa tapi hanyalah untuk wanita sahaja.Ruang yang selesa,luas dan sesuai untuk student-student.Berdekatan dengan kemudahan-kemudahan seperti kedai runcit,bus stop,kedai makan,ciber cafe dan lain-lain lagi..
Alamat :
No 479. Km 8, Jalan Kaki Bukit,
02400 BESERI,Perlis Indera Kayangan
Untuk keterangan lanjut,Sila hubungi :
Zarina : 012-2567553 / 014-3081843


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP