Showing posts with label Edda Qisstina. Show all posts
Showing posts with label Edda Qisstina. Show all posts

28 June 2009

Di Sebalik Wajah Edda Qisstina..


Wahai Edda Qisstina..
Pertama kali ku menerima nota darimu
Hati ini mula berkata-kata tentang dirimu
Siapakah insan di sebalik nama itu..

Wahai Edda Qisstina..
Kali ke-2 aku menerima nota darimu
Perasaanku mula terganggu dengan kehadiranmu
Setiap masa dan ketika, hanya dirimu yang aku fikirkan
Milik siapakah nama itu..

Wahai Edda Qisstina..
Kini jiwa yang resah kian menjadi tenang
Hati yang gundah semakin riang
Setelah ku tahu dan mengenali
Sebuah wajah di sebalik nama Edda Qisstina itu..

Wahai Edda Qisstina..
Keranamu aku mencari-cari
Keranamu aku ternanti-nanti
Keranamu jua aku terasa hidup kian bererti..

Wahai Edda Qisstina..
Kini kau hadir dalam hidupku
Ku terasa kehadiranmu membawa seribu erti buat ku
Kau membuat aku sentiasa memikirkanmu
Setiap saat walau di mana jua aku berada
Kau sentiasa ada di ingatan ku..

Wahai Edda Qisstina..
Janganlah kau pergi jauh dari hidup ku
Tidak sanggup rasanya berada berjauhan darimu
Inginku sentiasa mendengar khabar berita darimu
Namun, siapalah aku untuk kau selalu mengambil tahu
Aku bukan raja yang bertakhta di hatimu
Aku hanyalah hulu-balang yang hina
Yang berharap permaisuri yang di jaganya kan menjadi miliknya..

Wahai Edda Qisstina..
Setiap malam ku bermimpi
Mimpikan sebuah mahligai indah bersamamu
Terasa indahnya bila kita berdua menikmati indahnya dunia ini bersama
Terasa bagai dunia ini hanya kita berdua saja yang ada
Namun, terjaganya aku dari mimpi segalanya hilang tiada bererti
Rasa sayu di hati bila ku sedari segalanya hanyalah sebuah mimpi
Mampukah mimpi itu kan menjadi kenyataan
Atau hanya aku yang berperasaan seorang diri
Jawapannya ada pada dirimu wahai Edda Qisstina..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 June 2009

Nota Ke-2 Dari Edda Qisstina..

Assalamualaikum..
Kalau hari tu kamezaim ada terima nota yang pertama dari Edda Qisstina, kini kamezaim terima nota yang ke-2 pula darinya. Siapakah kau wahai Edda Qisstina? Sejak kali pertama ku terima nota darimu, aku sendiri pun tak mengerti mengapa aku teringin benar ingin mengenali insan di sebalik nama Edda Qisstina itu..

Kau menggoncang hatiku, kau membuat fikiranku memikirkanmu. Kau membuat jiwaku bergelora ingin mengenalimu. Janganlah kau seksa ku begini, izinkanlah aku mengenalimu. Agar ku tahu milik siapakah nama itu...

"selamat hari bapa edda ucapkan kat ayah zaim....edda bolleh pggil kamezaim, zaim kan?nak pggil kamezaim panjang sgt.....edda baru je bukak blog zaim...hajat edda nak baca "sebuah titipan buatmu ayah"....terharu edda baca titipan tu......tapi....edda lagi terharu bila terbaca "terima kasih edda qisstina"....nyaris2 nak ngis..edda tak sangka...apa yg edda khaskan kat zaim...zaim abadikan dlm blog zaim.....sama-sama zaim....edda pun nak ucapkan terima kasih gak coz zaim buat edda rasa dihargai.....mengabdikan kata2 edda dlm laman blog zaim yang berjaya memikat hati edda....thanks a lot zaim....akhir kata untuk zaim...."jangan dongak ke langit kerana angkuh, dan jangan tunduk ke bumi kerana putus asa".....wallahualam...=) "

Wahai Edda Qisstina, dengarlah keluhan hatiku ini...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 June 2009

Terima Kasih Edda Qisstina..

Assalamualaikum..
Terkejut serta terharu apabila ku membuka e-mail. Sesuatu yang tidak pernah ku menyangka kini ianya terjadi bagai tidak percaya. Sebuah coretan hati bertitipkan keikhlasan, itulah yang ku terima dari insan yang bernama Edda Qisstina..

" assalamualaikum..... sedih sgt2 baca coretan awk...hidup terlalu singkat...mencari dan mengejar sesuatu yg tak pasti adlh lumrah hidup manusia...namun kecekalan dan ketabahan yg mengajar seseorg itu menjadi matang atau tidak untuk menerima setiap yg ditakdirkan olehNya dgn redha...kesakitan dan kekecewaan adlh satu nadi untuk memperjuangkan hidup kita....tanpa semua tu...suram lah hidup tanpa pelengkapnya...wallahualam.... "

" actually hepy sgt in blog awk....evrythig so perfect....w'pun sy in blog awk scra tak sngaja hari nie....tp ada somethg dlm dri awk yg terlalu sukar nak gmbarkan....ttg satu kehidupan, impian...harapan...dan keperitan....wish u terus success in what u do, what u want, what u hope....moga apa yg awk harap dr blog nie...akan tercapai.....sorry klu ggu awk kat ruangan ni secara personal....salam ukhuwah fisabibillah... "

Meseg ini kamezaim terima pada 17 Jun 2009, 3 : 26 PM.

Tiada apa lagi yang termampu untuk kamezaim ucapkan padanya, yang termampu hanyalah ucapan terima kasih kerana cuba untuk memahami serta mengerti hidup kamezaim.. Namun, aku tidak tahu siapa engkau. Izinkanlah aku mengenali dirimu.. Agar ku tahu siapakah insan di sebalik sebuah nama Edda Qisstina..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP