14 December 2008

Terima Kasih..

Assalamualaikum..
Kamezaim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat atau pengunjung setia blog ini di atas kesudian anda memberi sokongan yang tidak ternilai. Kamezaim tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk terus mengikuti perkembangan blog ini, tapi jika ada yang sudi mengikuti perkembangan blog ini setiap masa, itu adalah satu kenyataan yang amat bermakna buat kamezaim.

Tujuan sebenar kamezaim mewujudkan blog ini adalah untuk dijadikan tempat luahan perasaan sama ada suka mahupun duka, tempat yang boleh kamezaim kongsikan serba sedikit info atau ilmu yang ada dan sebagainya. Selain dari itu, ianya dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita, dapat kita bertukar idea atau pendapat. Jadi, bila difikirkan balik, ada baiknya kamezaim jadikan blog ini satu blog yang privacy / private dan hanya boleh dibaca oleh mereka yang menjadi pilihan kamezaim saja. Dengan harapan, tiada lagi komen-komen yang negatif atau perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya digunakan dari pelawat yang tidak dikenali.

Ini kerana, blog ini adalah blog rasmi milik kamezaim. Tiada dua mahupun tiga melainkan hanya satu. Jadi, kamezaim tidak mahu melihat blog ini dicemari kata-kata atau komen-komen yang berunsur lucah, politik, perkauman atau yang mampu mencetuskan kontroversi dari pelawat yang tidak kamezaim kenali.

Kepada mereka yang telah memberi E-mail kepada kamezaim, terima kasih kamezaim ucapkan. Kamezaim harap anda akan terus bersama kamezaim untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia bloger ini..

Terima kasih

2 Komen:

@LiYaNNuaR ツ Monday, 15 December, 2008  

thanks jugak... sbb sudi invite...

jelikweyh Tuesday, 16 December, 2008  

putih bersih plak kt sini ...
tgh renovate yerk ??

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP