16 November 2008

Benarkah Couple Itu Haram Dalam Islam..?

Assalamualaikum..
Sedih rasa dihati pada waktu ini, terasa hampa dan kecewa dengan sikap dan pemikirannya. Kenapalah pemikirannya cukup pendek dan langsung tak fikirkan hati dan perasaan orang lain. Terlalu mudah membuat keputusan, seolah-olah aku tak penting buat hidupnya. Tapi tak mengapa, tanpa dia tak bererti aku tak boleh hidup.

Aku pun tak tahu dari mana dia dapat fakta ini, "Couple Adalah Haram". Walaupun aku bukanlah seorang yang alim atau dikategorikan sebagai ustaz, namun aku rasa couple itu tidak haram bagi agama Islam. Tak salah rasanya kita berpasangan antara lelaki dan perempuan asalkan kita tahu batas-batas pergaulan secara Islam. Sedangkan ustaz dan ahli-ahli ulamak sendiri pun bercinta dahulu sebelum mendirikan rumah tangga, inikan kita yang tidak bergelar ustaz. Inilah kali pertama, sepanjang aku hidup di muka bumi ini aku mendapat satu fakta dari seorang insan yang aku sayangi bahawa berpasangan itu adalah haram hingga dia sanggup memutuskan ikatan suci yang terbina selama ini beralasankan couple itu adalah haram. Masa aku sekolah dulu pun, ustazah tak pernah kata pun couple itu haram. Cuma apa yang dia kata, bercinta sebelum kahwin adalah lebih baik dari bercinta selepas kahwin. Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan juga memerlukan lelaki. Tak salah kalau berpasangan asalkan kita tahu mana halal dan haramnya.

Aku pun tak tahu apa lagi yang harus aku katakan pada dia, cuma yang mampu aku katakan pada dia, silalah rujuk semula dengan ustaz atau ustazah agar akidah dia tidak terus terpesong. Aku pun tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Kepada sesiapa saja yang dapat membantu menerangkan segalanya, silalah tinggalkan pendapat anda atau komen buat kamezaim.

Ini adalah apa yang dia katakan pada kamezaim :-

"assalamualaikum abg... pertama sekali, syg nak mintak maaf pd abg zahir dan batin. syg tahu selama ni syg yg paling banyak berbuat salah pada abg, byk sakitkan hati abg, byk buat abg malu. syg sebenarnya tak kuat nak cakap pape pada abg melalui telefon, bukan kerana syg takot, cuma syg takpunya kekuatan utk dengar lg suara abg. sebelum syg berkata apa2, syg nak abg ingat satu perkara, bahawa syg takpernah nak main2kan perasaan abg dan takpernah sekali pun syg bohongi abg tentang perasaan cinta yg hadir ini.

rasanya syg terlalu miskin dengan pengetahuan agama jua jahil dalam sikap untuk menjadi muslimah yg ibuayah syg boleh banggakan di dunia mahupun di akhirat. dalam perjalanan ini jua, telah syg cuba sedaya upaya ubah diri syg sendiri.. cuma allah je yg tahu. kalau bisa, syg taknak kongsikan pada semua org, kerana pastinya org2 tu akan salah anggap pd syg dan ejek syg berlagak baik. syg akui, syg selalu leka dgn nikmatnya dunia. kawan syg buat tu, syg ikut, kwn syg nak sesuatu, syg pon nak jgk. macam2 la abg.. termasuk menjalinkan hubungan dgn lelaki.

abg. memang berat sekali hati ni untuk ungkapkan apa yg tersirat.. tapi demi cinta syg pd Allah, syg cuba dan syg akan luahkan segalanya. mulai detik ini, syg minta putus dalam hubungan antara abg dan syg. abg... syg baru ketahui bahawa couple itu haram abg.. "

Terima kasih aku ucapkan pada dia di atas semua ini dengan harapan agar dia puas hati dengan keputusan yang dia lakukan ini. Aku sambut salam perpisahan ini dengan hati yang terbuka, mudah-mudahan perjalanan hidup aku kian lebih tenang pada masa akan datang. Dan aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memisahkan aku dengan dia sekarang, agar aku tidak menyesal di kemudian hari. Hati aku memang terluka tapi aku yakin, hati aku tidak selamanya akan terluka sebab aku tahu, tiada gunanya aku mengenangkan seorang perempuan yang tak tahu menghargai diri aku. Seorang perempuan yang tak punya hati dan perasaan. Tiada guna aku meratap hiba dengan apa yang terjadi, masih banyak lagi benda penting yang harus aku fikirkan dari aku memikirkan dia. Andai dia terbaca kata-kata ini, aku harap janganlah ganggu hidup aku lagi. Tak ingin aku melihat wajahmu lagi biapun hanya sekilas pandang dan tak ingin aku mengenalimu lagi. Pergilah kau jauh dari hidup aku, andai satu hari nanti kita bersua, jangan harap untuk aku menegur kau lagi.. Berambus kau dari hidup aku..

27 Komen:

Anonymous,  Sunday, 16 November, 2008  

alamak....apasal lak ckp cm2...setau kita la...tak salah couple klu nak kenal...couple jd haram klu kita berlandaskan nafsu semata2....alooo.....org alim pun couple...tgok jela skang...ramai giler couple....but kena pandai jaga batas2 la.....klu kita nak baik leh jer couple jd baik...tp klu dah memang niat just nafsu semata...memang la tak elok....kita couple nak tau dier serasi idak i2 jer...kenala pandai jaga diri

Eiba Monday, 17 November, 2008  

kwang...kwang...kwang...."couple" hehehehehe..kalau yang berlandaskan nafsu tu memang lah haram, tapi kalau niat kita memang nak mendirikan masjid tak salah laaa...kan memang dijadikan manusia itu berpasang..lelaki dan perempuan..apa laaa...singkat tul pemikiran gurl tuu...eiba geram nihhh!! meh eiba tonjol kepala dia...ntah2 dia dah kapel ngan org lain...saja nak carik alasan clashhh..(eeehhh...apa yang emosi sgt nieehhh)

Maaf lahhh kamezaim yaaa...geram tawww..kalau gurl nie perangai tak matured, cam budak2..aaahhhh..nak kawan..kawan laaa x mo sudaaa..byk lagi nak kawan ngan awak... no worries k...hik..hik..hik...

Kamsiah yusoff Monday, 17 November, 2008  

berkasih syg digalakkan dlm isalm,bkn saja sesama manusia tetapi terhadap makhluk ALLAH yg lain seperti binatang,tumbuh2an...
sesama manusia...berkasih syg antara anak2 terhadap ibubapa,pd yg lbh tua,pd kanak2...dll..
yg menjadi haram bila bercinta ialah perbuatan dalam cinta tu sendiri...takde istilah ringgan2 ke apa dlm islam...keluar berdua jugak tidak digalakkan..(yg ke 3 adalah syaitan)
kalau dua2 sudah saling berkenan,mintak org tua uruskan hal selanjutnya...

Kamezaim Monday, 17 November, 2008  

kepada Eiba : Terima kasih sebab sudi beri pendapat. Kamezaim pun tak tahu, kitab manalah dia baca. Seperti mana Adzyla kata, tujuan kita bercinta adalah untuk kenal antara satu sama lain. yang penting adalah niat kita.. Agaknya memang perempuan mcm tu kot.. (jangan marah ye Eiba).

kepada Kamsiah : Terima kasih juga kak sebab sudi bagi pendapat. betuk ape yg kak kamsiah katakan tu, bercinta tak haram dalam Islam, yang haram adalah perbuatan itu.. Asalkan kita tahu bezakan yg mana halal dan yg mana haram..

umairzulkefli Tuesday, 18 November, 2008  

Assalamualaikum WBT...

Izinkan saya memberi komen tentang apa yang berlaku. Sebagai seseorang yang pernah mengalami zaman-zaman percintaan, saya juga mempunyai pengalaman putus cinta. Namun situasi saya amat berbeza dengan saudara. Saya sendiri yang meminta diputuskan hubungan.

Meninggalkan si dia memang teramat payah. Air mata berlinangan, namun ia tetap perlu pergi. Namun alhamdulillah, saya merelakan kerana ia dilakukan dengan dasar kefahaman. Dan itulah yang saya harapkan semua daripada kita faham. Semoga tulisan saya ini bermanfaat untuk kita bersama.

Kisah saya itu telahpun saya abadikan dalam cerpen, untuk dijadikan iktibar buat semua. Boleh baca di alamat ini :
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922

Jika ingin bercakap mengenai hukum couple dan bercinta antara dua insan yang belum mempunyai ikatan yang sah maka kita perlu berlandaskan garis panduan yang benar, yakni Quran dan Sunnah, kerana ia berkait soal hukum. Saya harap saudara dapat membacanya di alamat ini :
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=801

Perasaan ingin bercinta, ingin dicintai dan ingin mencintai itu adalah fitrah manusia. Namun ia perlu dikawal dan disalurkan ke jalan yang betul-pernikahan. Islam telah menunjukkan jalan untuk ke jalan ini. Saya telah membahaskannya dengan panjang lebar dalam artikel saya. Sila buka di :
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=821

Harap saudara kamezaim dapat membaca serta memahamkan cerpen dan artikel-artikel yang saya sebutkan tadi sebelum memberi respon kepada komen saya ini, supaya kita dapat berbicara dengan kefahaman yang sama. Niat saya hanyalah untuk membantu. Namun saya hanya mampu menunjukkan pintu, saudara sendirilah yang menentukan, sama ada mahu masuk dan menerokai dunia di sebalik pintu itu ataupun tidak. Jika saudara tidak mahu membuka pintu itu dan menrokainya, saya sudahpun menunjukkannya. Tugas menyampaikan telah dijalankan.

Akhir kata, maaf atas segala salah silap, andai penyampaian saya ini tidak berhikmah dan menyinggung saudara. Saya ikhlas mahu membantu.
Jika ada masa, lawatilah blog saya :
umairzulkefli.blogspot.com
Saya tak pandai menghias blog. Mungkin saudara boleh ajar..(^_^)

Wallahua'lam...

kamar hati Tuesday, 18 November, 2008  

semoga awak tabah k....moga ketemu yg lebih baik dr dia... (",)

Payung Terjun Tuesday, 18 November, 2008  

terus terang sy rase, org yg memberi alasan sebegini utk berpisah sebenarnye mengambil jalan mudah utk melepaskan diri..alasan ini sy rase sgt remeh, remeh, remeh sgt2. sy andaikan org yg buat keputusan sebegini ialah org yg kalau tak pendek akal, dia buat2 mcm dia pendek akal. minta maaf ye kamezaim kalau ade tersinggung dgn kata2 sy ni.

pd sy, kalau dia ikhlas, btol2 sayang, dia bawa berbincang dlu. org yg bagi surat, bg sms, bg email, tp xmau jumpa ni, xmau dibawa berbincang ni sebenarnye takot. takot kerana salah.

klau betol skalipon tanggapan bidaah dia yg couple itu haram, bukanke elok kalau dia bincang dlu dgn awak macam mane nak selesaikannya, cari ikhtiar berkawan baik tp x ber-couple ke. kan? patot la Allah tak berikan kuasa menjatuhkan talak pd tgn org pompan ye. isk isk isk.

harap awak bersabar. she's not worth it, xberbaloi. sy rasa alasan dia kelakar, kebudak-budakan. :)

p/s: maaf lagi kalau tersinggung.

Kamezaim Tuesday, 18 November, 2008  

terima kasih kamezaim ucapkan kepada umair, kamar hati dan juga payung terjun di atas komen anda itu..terima kasih.

Anonymous,  Tuesday, 18 November, 2008  

semoga tabah dgn ape yg berlaku... senyum slalu ek... :-)

Anonymous,  Wednesday, 19 November, 2008  

kamezaim ko dari skn mane? mcm biasa dgr

Meooo Comicore Club Wednesday, 19 November, 2008  

ada caranya kalau nk teruskan, pompuan nie ikut emo je buat keputusan. usaha lagi.

Jika nk lg macho minta izin/jumpa mak ayah die.

btw, sye suke blog ni bile die memaparkan luahan pendapat/rasa mcm ni.

teruskan bro!

kamar hati Thursday, 20 November, 2008  

dtang blog kamar....ada something tuk awak... (",)

Anonymous,  Sunday, 23 November, 2008  

Salam bro.
Saya sokong ex- bro tuh hehehe.

Ni ayat ketiga sebelum akhir, perenggan kedua yang bro tulis: "Cuma apa yang dia kata, bercinta sebelum kahwin adalah lebih baik dari bercinta selepas kahwin." Bercinta sebelum kawin lebih baik? What the?

Pastu saya keliru, sape yang lebih tak matured sebenarnya? Bro tulis "Tak ingin aku melihat wajahmu lagi biapun hanya sekilas pandang dan tak ingin aku mengenalimu lagi. Pergilah kau jauh dari hidup aku, andai satu hari nanti kita bersua, jangan harap untuk aku menegur kau lagi.. Berambus kau dari hidup aku..."

Peace hehehe.

p/s: agak-agak komen ni lepas moderation tak? ngeh2

Anonymous,  Monday, 24 November, 2008  

salam..
sedang mencari hukum bercouple? boleh rujuk org yg lbih berpengetahuan agama, yg berpandukan al-quran, hadis..
byk dah artikel ttg kapel ni..fahami dan hayati..
tindakan x-bro itu, adalah tindakannya yang berani, dan insyaALLAH sgt mulia di sisi Allah..

kerana, jika diteruskn kapel tanpa ikatan yg sah yakni NIKAH, penzinaan sentiasa berlaku..
sbb

zina itu byk bentuk menurut hadith sahih Rasulullah.. ade zina hati, zina tangan, zina kaki dan lain2..

bro leh mencari..
apa yg dicari hanyalah Cinta Ilahi..

wallahua'lam...

Anonymous,  Sunday, 30 November, 2008  

salam..
sy juga br memutuskn hbgn ngn ex sy krna sy mngetahui couple itu haram..couple gak leh mnghmpiri zina..
wlupn kta mnjaga batas prgaulan, tp ada yg kta x dpt elakkan drpd couple ni..
mgkn bla kta x jmpa ngn dia, kta blh elakkn dr zina tgn dan kaki.
bla kta x call dia, kta blh elakkn dr zina lidah dan telinga.
tp trdapat 1 yg kta x dpt elakkn iaitu, zina hati.Zina dr segi hati 2 bla kta sntiasa mengingati dan bibayangi oleh si dia. Rujuk n hayati hadis sahih Rasulullah. Takkan lah sepnjg kta sms ngn dia, kta ingt Allah. smstinya kta mlyn prasaan ngn dia. Fkr2 la sndri. Dlm konsep Islam, brkahwin dlu br brcnta.Sesungguhnya cinta Ilahi 2 adalah cinta yg abadi.

Anonymous,  Friday, 05 December, 2008  

couple tuh x haram..
bace artikel aq kt www.myspace.com/rakyatbiase
ade kt dlm blog aq jgk
www.civiliansstories.blogspot.com

p/s:add aq kt myspace..
cmmnt pic aq skali!!

Junaid al-Malizi Friday, 12 December, 2008  

salam,

ramai jgak rupenye org yg menyokong 'couple tu x haram'. Jika sesape yg ckp couple tu x haram sila bawakan skali dalil yg menyokong pendapat anda tu. Jangan hanya bersangka-sangka. Setakat ckp 'aku RASA couple tu x haram' takkan bwk ke mane2. Bab hukum x boleh main rasa2 kwn2. Besar dosanya tu. Dalam blog saya pun ade membicarakan sedikit perihal couple ni berdasarkan pengalaman saya sndiri. Saya sertakan sekali pandangan Imam Ibnu Qayyim utk memperkuatkan hujah bahawa segala perilaku2 di dalam couple itu membawa kpd HARAM.

Allahua'lam.

INNA AB Thursday, 18 December, 2008  

Sekiranya anda diizinkan hidup sampai beranak pinak...anda akn tahu kekecewaan n kebahagian akn menjdi satu pengalaman yg trmahal..sepatutnya anda bersyukur ..trhindar dr perempuan yg mcm tu...ingtlah..perempuan2 yg baik hnya utk lelaki yg baik n begitulah sebaliknya...

Anonymous,  Sunday, 28 December, 2008  

Assalamualaikum..
Bukan niat saya utk mengatakan pendapat yg lain itu salah.
Tapi jelas: Couple itu tetap haram. Rasanya penerangan Umair Zulkefli di blog dan website tu dah cukup memadai utk menjawab persoalan Couple itu haram ataupun tidak. Tentang orang alim yg bercinta, mereka juga manusia.. Tak lepas drpd melakukan kesalahan.
Kadang2 manusia sanggup buat apa sahaja utk menuruti kehendak nafsu, termasuklah menghalalkan yang haram. Allahu'alam..
Mohon maaf andai saya terkasar bahasa.

ummu uswah Thursday, 30 July, 2009  

perpisahan adalah suatu yg pahit utk ditelan. tp jk berpisah itu bnr2 kerana mencari redha Allah, maka percayalah bahawa hikmahnya akan menjelma jua.

belajarlah utk hanya mencintai pasangan yg kita kahwini secara sah krn hanya itu shj cinta yg membawa ke syurga sedangkan yg lain byk yg terjebak ke neraka. fikir2kanlah dr mana hasilnya anak luar nikah jk bukan bermula dgn cinta yg dianggap biasa.

mampukah bl memberi jaminan bhw kt tdk akan pernah digoda oleh syaitan utk melakukan sesuatu yg tdk bermoral nanti. sedangkan nabi Adam pun mampu digodanya, apatah lagi kt yg imannya tak setebal mana.

semoga Allah mengurniakan anda dgn cinta sejati dr seorang isteri yg dikahwini scr sah, mgkn 'dia' dan mgkn org lain tp isterimu adlh yg terbaik utkmu. rumahtangga itu bukan sekadar suka2 je tp ingin membina peradaban umat ini. semoga berjaya.

tunjang perjuangan syuhada Saturday, 30 July, 2011  

asalammualiakum..rasanya saya juga mengalami situasi yg sama..bezanya..lelaki yg berikan alasan sbegitu...hati saya trluka...alhamdulillah,saya tabah...

shahirah yuslaini Saturday, 13 August, 2011  

assalamualaikum..
sbenrnye couple mmg hrm.
couple : mghpiri zina
mnghampiri zina : haram.
sekian

Anonymous,  Monday, 13 February, 2012  

jangan cari cinta manusia sehingga lupakan keredhaan Allah...biarkanlah dia pergi andainya mungkin Tuhan tidak tetapkan jodoh kamu dengan dia..mungkin itu jalan terbaik..wassalam

Anonymous,  Sunday, 17 November, 2013  

nak tau couple tu haram bukan rujuk artikel je bro. Cuba kau rujuk quran sama ada couple tu haram atau halal

Anonymous,  Thursday, 17 July, 2014  

Poyo ja orang bercouple.. satgi2 break.. buang masa ja aq tengok.. break2 gaduh.. lebih baik anjing bergaduh dengan kucing daripada kita bersikap seperti binatang sehingga melupakan makhluk yg sempurna akal lagi mulia di sisi Allah... pegaduhan bukanlah jalan penyelesaiannya..

Unknown Tuesday, 14 February, 2017  

Mcm mana kalau couple Berlandaskan Syariat, dan kerja dakwah share2 ilmu.(CBS)
.
.
CBS : Merapatkan diri kepadaNYA
mrptkna diri padaNYA : digalakkan,wajar dibuat kita

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP