Hidup Seorang Primadona

Wahai primadona..
Kau sungguh menawan
Kau memukau setiap mata yang memandang
Kau hidup dalam kesenangan di tenggelami kemewahan
Tubuhmu menjadi tumpuan setiap insan memandangmu
Tubuh yang menarik dan rupa yang menawan
Itulah yang menjadi kebanggaanmu selama ini..
Wahai primadona..
Kau bagai primadona
Kau menjadi tumpuan setiap masa
Kemana saja kau pergi pasti ada mata yang memandangmu
Melihat kejelitaan yang kau miliki
Memiliki kereta yang mewah dan bergaya
Kau berjalan dengan penuh rasa bangga..
Wahai primadona..
Biarpun kau hidup dalam kemewahan
Namun sebenarnya kau miskin dari segi keimanan
Kau gadai harga dirimu demi mengejar kemewahan
Kau biar tubuhmu menjadi tatapan lelaki gersang
Kau melayan nafsu setiap pelangganmu
Tanpa mengenal rupa atau bangsa
Tidak mengira tempat
Tidak mengira waktu
Kau bebas lakukannya..
Wahai primadona..
Kini kau sudah meningkat tua
Lemah dan tidak berdaya
Rupa dan tubuhmu sudah tidak seperti dulu lagi
Kalau dulu kau bagai primadona
Di puja oleh setiap insan
Kini kau bagai pengemis di jalanan
Di hina oleh setiap insan..
Wahai primadona..
Ke mana hilangnya kemewahan mu
Ke mana perginya kebanggaanmu dulu
Adakah ianya sudah hilang di telan arus masa
Kini kau hidup sebatang kara
Di mana kaki mu berhenti
Di situlah tempat tidurmu..
Wahai primadona..
Adakah baru kini kau mengingati Tuhanmu
Adakah baru kini kau teringat pada keluargamu
Adakah baru kini kau terfikir akan hidupmu
Adakah baru kini kau terfikir akan harga dirimu
Malang sekali,semuanya sudah terlambat...
9 Komen:
em, nice pic
waaa...semakin banyak info kat page nie..termasuklah sajak sajak
harap2 kite semua tidak terlambat ...
meo : pic tu nice ke?hehe
shalinzz85 : thanks shalin,mendalam pujian tu..hehe
ayu : harap2 begitulah ayu..
mcm wajah aku laaaaaa...
hehehehehhe
Salam Zaim...
suka baca sajak nie & terpesona tgk gambar tu...
Zaim,
aku tag ko.. aku takle shout kat SB ko kat opis..
so jengah blog aku utk tgk TAG ek...
tak buat nanti ko bau kambing
cntik lukisan tuh..lukis sendri ker..? pandai..lukiskan Xora satu..hehehe...lame sungguh tak singgah sini...salam isnin..
primadona.. :)
err tuju pada siapa ya :p
Post a Comment