Namun Kau Punya Hati..
Inginku coretkan disini
Kisah cinta antara dua jiwa
Yang mempunyai luaran yang berbeza..
Sue..
Sungguhpun kau lahir ke dunia ini
Tanpa kau pinta akan perbezaan dirimu itu
Namun kau juga manusia sepertiku
Punya hati dan perasaan
Punya kasih dan sayang..
Sue..
Aku tidak menilai kau dari sudut luaran
Aku tidak memandang akan kekurangan dirimu
Kerana itu semua bukan kau minta
Itu sudah ketentuan yang maha Esa..
Sue..
Ku sedih tatkala kau dihina
Dihina oleh manusia di sekelilingmu
Kenapa kau dilayan sebegitu rupa
Kau juga manusia yang punya hati dan perasaan
Kau juga makhluk Allah seperti manusia lain
Bila kita mati, kita tetap ke tempat yang sama
Tiada bezanya antara kita..
Kisah cinta antara dua jiwa
Yang mempunyai luaran yang berbeza..
Sue..
Sungguhpun kau lahir ke dunia ini
Tanpa kau pinta akan perbezaan dirimu itu
Namun kau juga manusia sepertiku
Punya hati dan perasaan
Punya kasih dan sayang..
Sue..
Aku tidak menilai kau dari sudut luaran
Aku tidak memandang akan kekurangan dirimu
Kerana itu semua bukan kau minta
Itu sudah ketentuan yang maha Esa..
Sue..
Ku sedih tatkala kau dihina
Dihina oleh manusia di sekelilingmu
Kenapa kau dilayan sebegitu rupa
Kau juga manusia yang punya hati dan perasaan
Kau juga makhluk Allah seperti manusia lain
Bila kita mati, kita tetap ke tempat yang sama
Tiada bezanya antara kita..
Sue.. Janganlah kau meratap hiba akan kekurangan dirimu. Janganlah kau mengasingkan diri jauh dari manusia yang lain. Janganlah kau jadikan ianya satu perbezaan untuk kau merasa indahnya hidup ini. Kita sama saja sue, tiada bezanya antara kita. Pertama kali ku memandangmu, wajahmu memberi ku seribu erti. Seribu suka duka yang kau tempuhi sepanjang perjalanan hidupmu. Inginku berkongsi segala duka lara mu, inginku jadi sebahagian dari hidupmu..
Sue.. Aku masih teringat tatkala kita duduk berdua, melihat indahnya dunia ini bersama. Tanpa kau sedari, airmatamu berlinangan membasahi pipimu. Aku cuba bertanya kenapa kau menangis, kau hanya tunduk membisu seribu kata. Tiada kata-kata dapat kau ungkapkan ketika itu. Kau merenung ke dalam mataku, renunganmu membuat ku turut merasa sayu. Lalu kau bertanya padaku, bagaimana rasanya kalau kita berlari. Mesti seronokkan kalau dapat berlari seperti insan lain. Sepanjang hidup sue, sue tak pernah sekalipun berlari. Sue teringin sangat-sangat nak berlari. Ketika itu, aku tak berdaya untuk menyatakan apa-apa padamu. Aku tahu apa yang kau rasa, maafkan aku kerana tidak berupaya melawan takdir yang sudah tertulis buat hidupmu. Kau masih merenung tajam ke arah mataku, sambil airmatamu terus mengalir menitis ke bumi. Aku menjadi serba salah akan pertanyaan mu itu. Maafkan aku sue..
Sue.. Aku tak akan lupa setiap saat kita bersama. Aku tak kan lupa setiap kenangan kita bersama. Aku tak kisah akan kekurangan dirimu dan aku tak peduli apa kata orang terhadap kita. Apa yang aku tahu, aku tetap akan bersamamu. Itulah yang ku katakan padamu hingga kau menangis sambil merenungku mengharapkan seribu harapan dariku..
Sue.. Selama ini aku hanya mementingkan kesempurnaan luaran tanpa ku memikirkan kesempurnaan dalaman. Akhirnya, kerana kesempurnaan luaran itulah membuatku kecewa. Selepas itu, baru ku sedari bahawa luaran yang sempurna tidaklah menjanjikan kebahagiaan. Setelah ku temui dirimu, setelah ku kenali dirimu baru ku sedari yang kecantikan luaran bukanlah segala-galanya. Sungguhpun pergerakkan mu tidak seperti manusia normal yang lain namun kau punya hati yang suci dan jiwa yang tabah. Kau cekal dalam mengharungi ranjau kehidupan ini, kau susuri perjalanan hidup ini dengan tenang biarpun kau sering di hina. Aku bangga dan kagum dengan mu sayang..
Sue.. Terima kasih kerana sudi memberi kasih dan sayangmu terhadapku. Sejak ku mengenali dirimu, hidupku kian terasa bererti. Kau banyak memberi keinsafan terhadapku, kau banyak memberi semangat untuk ku terus menempuh kehidupan ini. Aku harap, kita kan terus bersama selama-lamanya. Hanya maut yang dapat memisahkan kita. Marilah kita seiringan menuju ke alam bahagia, membina kehidupan yang baru. Kehidupan yang penuh kebahagiaan. Kerana, sampai masanya nanti kita pasti kan pergi jua..
1 Komen:
jaga sue baik2 yer..
Post a Comment