18 December 2008

Kau Tetap Ku Hajati..

Kasih..
Fahamilah kata hatiku ini
Ketahuilah akan gelodak jiwa ini
Mengertilah akan perasaan ini
Aku terlalu merinduimu..

Kasih..
Ku tahu kau juga rasa apa yang ku rasa
Kita sama-sama derita menahan rindu ini
Rindu diantara satu sama lain
Rindu yang tiada penghujungnya..

Kasih..
Ku ingin setiap kali terbukanya mata ini
Kaulah insan pertama yang ku pandang
Dan setiap kali tertutupnya mata ini
Kau jugalah insan yang terakhir ku lihat
Dan buat terakhir kalinya dalam hidupku
Mata ini terbuka dan kan tertutup selamanya
Kaulah insan yang terakhir aku renungi..

Kasih..
Biar jasad ini hancur berkecai sekalipun
Biar jasad ini dicincang hancur lebur sekalipun
Kau tetap ku hajati..

2 Komen:

Eiba Friday, 19 December, 2008  

Apa nie sedey...laaaa...jgn lah merana kerana cinta. Kagumi cinta adalah indah, tapi untuk merana..ahhh jauhkan lah...kelak memakan diri.. Tenangkan hati, pasrah kan pada ILahi..InsyaAllah kita akan dapat apa yg kita hajati..

Nie email eiba yer...pleaseeee ajar eiba pleaseeee...
saebah.ar@sti.com.my

Missfasha Friday, 19 December, 2008  

wawawa leh tulis puisi ye..

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP